Showing posts with label the aspiring subtitle translator. Show all posts
Showing posts with label the aspiring subtitle translator. Show all posts

Thursday, 23 November 2006

main kejar kejar

.. lama jugak tak buat kerja nih. elok jugak buat sekarang.. sekadar nak lepaskan geram yang terbekung di dada sebelum meletup sampai tak kenal rupa.

satu lagi terjemahan karut dari penulis kopi yang suka emo sorang-sorang.

lagu sebenar dari snow patrol yang berjudul chasing cars.

kita buat segalanya
ikut apa kita suka
kita tak perlu apa apa
kita tak perlu sesiapa

kalaulah aku baring di sini
kalaulah aku tido di sini
adakah kau akan baring bersama
kita lupakan dunia

aku sebenarnya tak reti
nak cakap apa
nak rasa maca mana
tiga perkataan itu
dah selalu sangat diucap
rasanya macam tak lengkap

kalaulah aku baring di sini
kalaulah aku lepak kat sini
adakah kau akan baring bersama
kita lupakan dunia

lupakan apa yang mereka kata
sebelum kita jadi tua
bawalah aku gi taman bunga
boleh kita main sama sama

mari buang masa kejar kereta
yang berlegar-legar dalam kepala
aku perlukan dirimu
untuk ingatkan aku
supaya mencari diriku

kalaulah aku baring di sini
kalaulah aku lepak kat sini
adakah kau akan baring bersama
kita lupakan dunia

lupakan apa yang mereka kata
sebelum kita jadi tua
bawalah aku gi taman bunga
boleh kita main sama sama

segalanya tentang diriku
sekarang dan dulu
itulah yang aku nampak
dalam matamu
aku tak tau mana
tak tau juga bagaimana
tapi yang aku tau
semua ni takkan berubah antara kita

kalaulah aku baring di sini
kalaulah aku lepak kat sini
adakah kau akan baring bersama
kita lupakan dunia

Tuesday, 24 January 2006

saya sepasang but

sempena cuti lama pemberian kerajaan yang bakal tiba ini, maka timbullah kemalasan di sanubari untuk membuat kerja-kerja penulisan kopi yang tak kenal erti HENTI … dan untuk memuaskan hati nash di samping untuk menyelamatkan yoke dari mengaibkan diri sendiri di atas percubaannya yang berani untuk mengalih bahasa tu, saya jahanamkan juga lagu THESE BOOTS yang memang sediakala jahanam ni.. enjoice.

ada sesuatu nak diberi, kau kata
ada sedikit lebih kurang macam cinta
tapi mengaku pula kau main kayu tiga
ada perempuan lakhanat lain yang kau suka

ku pakai but ini, ku angkat kaki
akan ku pijak-pijak diri kau yang kecil tu, lihatlah satu hari nanti

kau kata tak mahu bohong, kau mungkir janji
kau kata tak mahu berjudi lagi, tapi apa yang kau buat kat 4D?
orang macam kau memang tak kenang budi
tapi sekarang aku dah celik, cuma kau yang masih buta tuli

ku pakai but ini, ku angkat kaki
akan ku pijak-pijak diri kau yang kecil tu, lihatlah satu hari nanti

mak kau tak pesan ke jangan main dengan api?
kecik-kecik jadi kawan dah meluap makan diri
aku dah jumpa orang lain, dan dia ni baru LELAKI
yang tau macam mana nak jaga hati

nampak tak but ni?

jalanlah, tunggu apa lagi?

Monday, 16 January 2006

mudah pecah

nyanyian asal oleh damien rice yang berjudul delicate. telah dijahamkan oleh penulis kopi yang kebarangkalian akan menghidap period dalam masa-masa terdekat ni ...

mungkin kita kan berkucupan
jika tiada siapa yang nampak
mungkin kita boleh sambung di rumah
jika tiada siapa di sana
bukannya aku cuak
cuma macam tak gempak

kenapa kau suka tambahkan kesedihanku
dengan ayat-ayat yang kau pinjam dari buku
atau dari kumandang lagu-lagu?
kenapa kau katakan alhamdulillah
sedangkan kau sendawa minum vodka?
kenapa kau nyanyi macam orang tak sudah?

mungkin kita kan hidup
bukan seperti yang dah terbiasa
bila dah tak ada apa lagi nak ku beri
kenapa kau suka nak mintak macam-macam lagi?
mungkin kita kan berzina di dalam kereta
biarpun dari raut wajahmu, macam tak percaya

kenapa kau suka tambahkan kepiluanku
dengan ayat-ayat yang kau pinjam dari buku
atau dari kumandang lagu-lagu?

kenapa kau katakan alhamdulillah
sedangkan kau sendawa minum vodka?
kenapa kau nyanyi macam orang tak sudah

Wednesday, 16 November 2005

syok sendiri

lagu ori nya oleh Bonnie Raitt berjudul "i cant make you love me" dialih bahasa oleh penulis kopi yang agak kesangapan di ketika ini.

Tutup lampu, tarik gebar
Tutup volume suara dalam kepala ku berlegar-legar
Baring bersamaku, jangan tipu
Peluk kuat kuat diriku, jangan ingat aku tak tau

Korus :
Aku tak boleh paksa kau sayangi diriku kalau kau tak mau
Aku tak boleh paksa hati kau rasa apa yang kau tak nak rasa
Dalam kegelitaan dan saat-saat terakhir ini..
Ku serahkan segala perasaan ku yang terpendam lama
Tapi bukan kau.. tak, bukan kau
Sebab aku tak boleh nak paksa kau sayangi diriku kalau kau tak mau

Ku tutup rapat mataku, sebab aku tak mau lihat
Perasaan yang kau tak rasa bila kau memeluk aku
Tunggu menjelangnya pagi dan akan aku buat apa yang patut
Tunggulah sampai nanti dan akan aku bawa diri
Pergi membawa lara di hati

Korus :
Aku tak boleh paksa kau sayangi diriku kalau kau tak mau
Aku tak boleh paksa hati kau rasa apa yang kau tak nak rasa
Dalam kegelitaan dan saat-saat terakhir ini..
Ku serahkan segala perasaan ku yang terpendam lama
Tapi bukan kau.. tak, bukan kau
sebab aku tak boleh nak paksa kau sayangi diriku kalau kau tak mau

Tuesday, 4 October 2005

drive (keretamu keretaku jua)




Lagu Drive oleh Bic Runga, dialih bahasa oleh penulis kopi yang keboringan dan takde kerja lain dan dah naik muak buat kad-kad raya dan iklan-iklan hari raya.

Aku tau dah lewat dan aku tau aku harus blah dari sini
Ku naiki keretamu
tapi tolonglah, jangan bawaku pergi
Berdenyut-denyut kepalaku, adakah aku bermimpi?
Berikan janji-janji semanis madu dalam bahasa-bahasa syahdu

Hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah. Jangan bercakap. Bawak saja kereta mu
Bawalah..
Bawalah aku ke mana saja yang kau mahu
Bawalah aku.. berikan aku makna hidup baru
Akan ku turuti dan jejaki langkahmu itu

Biarkan hatiku berputar di atas paksimu
Biarkan cinta kita membara seperti dulu
Biarkan radio memainkan segala jenis lagu yang kita layan
Biarkan kita berbisu seribu kata
Sebab apa yang dah berlaku tu takde maknanya

Biarkan hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah.
Jangan bercakap. Bawak saja kereta mu
Bawalah..
Bawalah aku ke mana saja yang kau mahu
Bawalah aku.. berikan aku makna hidup baru
Akan ku turuti dan jejaki langkahmu itu

Hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah.
Jangan bercakap
Bawaklah saja kereta mu