Tuesday, 4 October 2005

drive (keretamu keretaku jua)




Lagu Drive oleh Bic Runga, dialih bahasa oleh penulis kopi yang keboringan dan takde kerja lain dan dah naik muak buat kad-kad raya dan iklan-iklan hari raya.

Aku tau dah lewat dan aku tau aku harus blah dari sini
Ku naiki keretamu
tapi tolonglah, jangan bawaku pergi
Berdenyut-denyut kepalaku, adakah aku bermimpi?
Berikan janji-janji semanis madu dalam bahasa-bahasa syahdu

Hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah. Jangan bercakap. Bawak saja kereta mu
Bawalah..
Bawalah aku ke mana saja yang kau mahu
Bawalah aku.. berikan aku makna hidup baru
Akan ku turuti dan jejaki langkahmu itu

Biarkan hatiku berputar di atas paksimu
Biarkan cinta kita membara seperti dulu
Biarkan radio memainkan segala jenis lagu yang kita layan
Biarkan kita berbisu seribu kata
Sebab apa yang dah berlaku tu takde maknanya

Biarkan hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah.
Jangan bercakap. Bawak saja kereta mu
Bawalah..
Bawalah aku ke mana saja yang kau mahu
Bawalah aku.. berikan aku makna hidup baru
Akan ku turuti dan jejaki langkahmu itu

Hujan merenyai dari langit kelabu
Diamlah.
Jangan bercakap
Bawaklah saja kereta mu

1 comment:

kong yoke said...

HAHAHAHAHA!!!

i like this song and to think you've "improved" it!