Tuesday, 24 January 2006

saya sepasang but

sempena cuti lama pemberian kerajaan yang bakal tiba ini, maka timbullah kemalasan di sanubari untuk membuat kerja-kerja penulisan kopi yang tak kenal erti HENTI … dan untuk memuaskan hati nash di samping untuk menyelamatkan yoke dari mengaibkan diri sendiri di atas percubaannya yang berani untuk mengalih bahasa tu, saya jahanamkan juga lagu THESE BOOTS yang memang sediakala jahanam ni.. enjoice.

ada sesuatu nak diberi, kau kata
ada sedikit lebih kurang macam cinta
tapi mengaku pula kau main kayu tiga
ada perempuan lakhanat lain yang kau suka

ku pakai but ini, ku angkat kaki
akan ku pijak-pijak diri kau yang kecil tu, lihatlah satu hari nanti

kau kata tak mahu bohong, kau mungkir janji
kau kata tak mahu berjudi lagi, tapi apa yang kau buat kat 4D?
orang macam kau memang tak kenang budi
tapi sekarang aku dah celik, cuma kau yang masih buta tuli

ku pakai but ini, ku angkat kaki
akan ku pijak-pijak diri kau yang kecil tu, lihatlah satu hari nanti

mak kau tak pesan ke jangan main dengan api?
kecik-kecik jadi kawan dah meluap makan diri
aku dah jumpa orang lain, dan dia ni baru LELAKI
yang tau macam mana nak jaga hati

nampak tak but ni?

jalanlah, tunggu apa lagi?

3 comments:

Gigantor said...

nampak tak but ni?

jalanlah, tunggu apa lagi?


wakakakak i like this part! thanks chubby!!

lisha said...

aku rasa lirik ni boleh dibawa ke tengah...

jadi lagu dangdut. muahaha.

kong yoke said...

bravo! bravo!

i'm quite impressed! really!